Soalan Lazim

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DIGITAL

Terdapat 9 bidang kepakaran perkhidmatan perundingan digital JDN yang berada di bawah 3 bidang utama iaitu:

i. Strategik

   a. Perancangan Strategik ICT (termasuk Enterprise Architecture)
   b. Pengurusan Projek ICT
   c. Pengurusan Maklumat (termasuk Big Data Analytic (BDA) dan Artificial Intelligence (AI))

ii. Pembangunan Sistem

   a. Pembangunan Sistem 
   b. Pengurusan Pangkalan Data
   c. Pengurusan Jaminan Kualiti Sistem Aplikasi (termasuk Function Point Analysis (FPA) dan Independent Verification & Validation (IV&V))

iii. Teknikal

   a. Pengurusan Pusat Data
   b. Pengurusan Rangkaian
   c. Pengurusan Keselamatan Maklumat

 

Agensi Persekutuan, Agensi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Agensi Kerajaan Negeri, Jabatan Negeri, Badan Berkanun Negeri, Dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Memberi khidmat perundingan dan khidmat nasihat kepada agensi sektor awam mengikut bidang kepakaran.

i.  Khidmat perundingan diberi keutamaan bagi projek ICT berimpak tinggi dan merentas agensi.

ii. Khidmat nasihat disediakan kepada projek ICT agensi dengan ciri-ciri berikut:

a. Projek berimpak rendah/sederhana.
b. Agensi yang mempunyai perjawatan IT yang ramai
c. Pasukan projek khusus disediakan oleh pihak kerajaan/agensi

 

 

PERANCANGAN ICT

Tujuan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) agensi adalah seperti berikut:

i. Menentukan halatuju perancangan dan strategi pembangunan dan pelaksanaan projek-projek ICT untuk menyokong bisnes teras agensi sektor awam;

ii. Mengelakkan projek ICT dilaksanakan secara ad-hoc tanpa perancangan yang teliti;

iii. Memastikan pembangunan ICT di agensi selari dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam secara khusus dan agenda pembangunan Negara secara amnya.

Ya. Dengan adanya PSP, agensi dapat merancang projek-projek ICT bagi menyokong objektif sesuatu agensi. Di dalam proses penyediaan PSP, penilaian persekitaran bisnes dan ICT agensi akan dibuat. Perancangan juga dibuat berdasarkan input dari pengguna.

PSP agensi disyorkan meliputi perancangan ICT bagi 3-5 tahun. PSP agensi adalah dokumen yang perlu dikemaskini mengikut perancangan semasa dan perlu disediakan secara berterusan. Adalah dicadangkan agar agensi melaksanakan Kajian Separuh Penggal (KSP) ke atas PSP mereka ataupun apabila terdapat perubahan kepada strategi bisnes agensi.

Ya. Agensi-agensi perlu mengemukakan permohonan perolehan ICT mereka kepada JTISA di MAMPU untuk kelulusan walaupun telah dinyatakan di dalam PSP. JTISA akan merujuk kepada PSP agensi untuk memastikan projek-projek berkaitan termasuk di dalam perancangan agensi.

GALERI APLIKASI MUDAH ALIH KERAJAAN MALAYSIA (GAMMA)

GAMMA adalah sebuah gudang atau galeri aplikasi mudah alih perkhidmatan kerajaan yang berinovatif, selamat, dipercayai dan sahih.  Kerajaan telah memperkenalkan GAMMA, sebuah galeri berpusat dan sahih untuk memudahkan rakyat Malaysia memuat turun aplikasi yang diperlukan untuk urusan berkaitan kerajaan. Semua aplikasi mudah alih Kerajaan yang dimuat naik melalui GAMMA adalah menjadi hak milik Kerajaan Malaysia dan dipaparkan di bawah nama “Government of Malaysia”.

GAMMA boleh di capai melalui portal   http://gamma.malaysia.gov.my/ atau muat turun aplikasi GAMMA.my dari App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.

Perkhidmatan GAMMA disediakan untuk kegunaan agensi Kerajaan yang ingin menerbitkan aplikasi mudah alih dan dicapai oleh orang awam.

i. Penjimatan kos

GAMMA menyediakan satu ‘akaun’ berpusat yang mana segala aplikasi dari pelbagai Agensi Pelaksana dimuatnaik melalui GAMMA menggunakan akaun rasmi Kerajaan Malaysia dan kos tersebut ditanggung oleh Agensi Peneraju. Agensi Pelaksana tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk langganan tersebut.

ii. Sahih dan Dipercayai

Setiap App diterbitkan atas nama Kerajaan Malaysia. Oleh itu, kesahihan data dan fungsi aplikasi adalah terjamin untuk digunakan oleh Pengguna.

iii. Khidmat Sokongan dan Meja Bantuan

Penyediaan khidmat sokongan dan meja bantuan secara dalam talian  merangkumi bantuan teknikal, penyediaan pelaporan dan pelaksanaan program pengurusan perubahan bertujuan untuk peningkatan kualiti App. Khidmat bantuan tersebut boleh disalurkan melalui fungsi “Hubungi Kami” di portal rasmi GAMMA melalui https://gamma.malaysia.gov.my/contact-us atau e-mel ke supports-gamma@jdn.gov.my

 

Ya. Agensi-agensi perlu mengemukakan permohonan perolehan ICT mereka kepada JTISA di MAMPU untuk kelulusan walaupun telah dinyatakan di dalam PSP. JTISA akan merujuk kepada PSP agensi untuk memastikan projek-projek berkaitan termasuk di dalam perancangan agensi.

RANGKAIAN TELEKOMUNIKASI BERSEPADU KERAJAAN (MYGOV*NET)

MyGov*Net merupakan perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan yang diuruskan secara terpusat oleh Jabatan Digital Negara (JDN). Infrastruktur rangkaian khusus ini disediakan bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Digital, sama ada aplikasi dalaman Kerajaan atau capaian ke Internet.

Perkhidmatan MyGov*Net melibatkan empat (4) skop utama iaitu

i.  MyGov*Net.WAN;
ii. MyGov*Net.PCN;
iii. MyGov*Net.Global; dan
iv. MyGov*Net.PDSA.

Perkhidmatan MyGov*Net adalah khusus untuk pengguna Kerajaan di Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah saraan Kementerian.

Tidak. Perkhidmatan MyGov*Net adalah khusus untuk pengguna Kerajaan sahaja seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3.

Perkhidmatan MyGov*Net.WAN hanya disediakan hingga ke peringkat perkakasan SD-WAN. Manakala perkhidmatan MyGov*Net.PCN pula hanya disediakan hingga ke access switch. Rangkaian setempat atau Local Area Network (LAN) adalah di bawah tanggungjawab agensi masing-masing.

Perkhidmatan MyGov*Net hanya menggunakan infrastruktur sedia ada di kawasan setempat dan tidak akan membangunkan infrastruktur rangkaian baru.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkhidmatan MyGov*Net, boleh layari sesawang MyGov*Net di www.mygovnet.gov.my.

 

GOVERNMENT PUBLIC KEY INFRASTRUCTURE (GPKI)

Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (Government Public Key Infrastructure – GPKI) merupakan salah satu perkhidmatan keselamatan ICT bagi memantapkan tahap keselamatan data dan maklumat bagi sistem ICT Kerajaan.

Sekiranya Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) telah mendaftar anda sebagai pengguna Sijil Digital, anda akan menerima e-mel bertajuk “Kod Verifikasi untuk Permohonan Sijil Digital Pengguna”. Gunakan kod verifikasi yang diterima di dalam e-mel untuk membuat permohonan Sijil Digital Pengguna.

Dokumen yang diperlukan adalah salinan digital MyKad pemohon. Salinan digital MyKad mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:

a) Salinan digital MyKad yang dimuat naik mestilah bersaiz tidak lebih daripada 2MB.

b) Salinan digital MyKad mestilah mengikut format yang dibenarkan iaitu .jpeg, .jpg dan .png sahaja.

c) Salinan digital MyKad mestilah jelas dan terang bagi mengelakkan permohonan ditolak.

MALAYSIA GOVERNMENT DIGITAL FORENSIC LAB (MYDFLAB)

Malaysia Government Digital Forensic Lab atau MyDFLAB merupakan satu perkhidmatan forensik digital secara berpusat dibawah seliaan Jabatan Digital Negara (JDN) yang ditawarkan kepada agensi-agensi Sektor Awam.

Perkhidmatan yang disediakan di bawah MyDFLAB merangkumi perkhidmatan sanitasi (penghapusan) data logikal dan fizikal, pemulihan data logikal dan infrastruktur forensik digital (komputer, cloud dan telefon)

Perkhidmatan MyDFLAB adalah terbuka kepada semua agensi Sektor Awam Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun.

 

PUSAT DATA SEKTOR AWAM (PDSA)

MyGovCloud@PDSA merupakan salah satu daripada ‘shared services’ Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan pusat data utama (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) untuk Agensi Sektor Awam menggunakan teknologi pengkomputeran awan yang terdiri daripada pelayan, storan, pangkalan data, rangkaian dan perisian yang boleh dicapai menerusi rangkaian dan Internet.

 

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh PDSA merangkumi:

  1. Fizikal & Virtual Server Hosting

        Menyediakan ruang dan menguruskan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi dan integrasi rangkaian.

  1. Perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC)

        Menyedia, mengurus dan mengoperasi perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana bagi agensi-agensi Kerajaan. Perkhidmatan
        merangkumi penyediaan ruang dan rak, rangkaian, Keselamatan dan migrasi secara fizikal dan virtual.

  1. Backup & Restore

         Menyediakan perkhidmatan backup dan restore bagi pelaya aplikasi yang ditempatkan di PDSA.

  1. Perkhidmatan Sokongan

         Menguruskan dan memantau status pengoperasian peralatan, peralatan sokongan serta infrastruktur Pusat Data Sektor Awam

 

Panduan permohonan perkhidmatan MyGovCloud@PDSA hendaklah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1 Tahun 2021: Garis Panduan Perkhidmatan MyGovCloud@PDSA.

PERKHIDMATAN PERKOMPUTERAN AWAN SEKTOR AWAM (MYGOVCLOUD@CFA)

Pekeliling yang boleh dijadikan panduan bagi perolehan perkhidmatan perkomputeran awan adalah:

i. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam;

ii. Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam; dan

iii. Pekeliling Perbendaharaan PK 2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam.

 

Skip to content