Unit Integriti

Fungsi Unit Integriti

Merancang, menyedia, melaksana dan memantau hala tuju, inisiatif dan pelan tindakan berdasarkan enam (6) fungsi teras di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bagi pengukuhan dan pembudayaan integriti dan isu-isu berkaitan pengurusan integriti di sektor awam.

 Fungsi Utama Sub-Unit Tatatertib, Pengukuhan Integriti Dan Tadbir Urus 

    1. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
    2. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di JDN;
    3. Menguruskan kes tatatertib melibatkan pegawai JDN;
    4. Melaksanakan fungsi urus setia dan pengurusan Mesyuarat Lembaga Tatatertib (LTT) dan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD); dan
    5. Melaksanakan fungsi urus setia Jawatankuasa Pembangunan Pelan Risiko Rasuah (CRA) dan Pelan Pembangunan Antirasuah Organisasi (OACP);

  Fungsi Utama Sub-Unit Pengurusan Aduan, Pematuhan Dan Pengesanan & Pengesahan

    1. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
    2. Melaksanakan tapisan keutuhan bagi tujuan urusan perkhidmatan/kenaikan pangkat/ temuduga dan sebagainya;
    3. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjwab;
    4. Melaksanakan fungsi urus setia dan pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Peringkat JDN (JTK);  
    5. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
    6. Merancang untuk melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan dan perolehan, pengurusan kenderaan serta aset dan stor; dan     
    7. Merancang untuk melaksanakan Hebahan Integriti untuk memberi kesedaran terhadap pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

 

 

 

 
Skip to content