Hasrat Penggubalan RUU
Sehubungan itu, bagi memperhebat pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan pembuatan dasar dengan lebih efektif, JDN telah menggubal satu Rang Undang-Undang baharu mengenai perkongsian data dalam kawalan sesuatu agensi sektor awam dengan agensi sektor awam lain yang dikenali sebagai Rang Undang-Undang Perkongsian Data 2024 (RUU Perkongsian Data 2024) Â dengan objektif seperti berikut:
Rajah 2: Objektif RUU Perkongsian Data 2024
Hasrat utama  RUU Perkongsian Data 2024 adalah untuk mewujudkan ekosistem tadbir urus yang lebih cekap, memastikan keselamatan data dan privasi, serta meningkatkan kecekapan pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan awam secara telus kepada rakyat. Dalam era digital hari ini, sudah pasti pengurusan dan perkongsian data yang berkesan adalah penting untuk kelancaran operasi perkhidmatan dan fungsi Kerajaan.
Rajah 3 : Ekosistem RUU Perkongsian Data 2024
Penggunaan data yang berkesan membolehkan penggubal dasar mendapat informasi yang lebih baik mengenai sesuatu isu dan seterusnya mengenal pasti tindakan penyelesaian secara menyeluruh. Data sektor awam adalah amat penting dalam menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan pelbagai agensi Kerajaan sekiranya perkongsian data dilaksanakan dengan optimum.
Cabaran dan kebimbangan yang dikaitkan dengan perkongsian data pada masa ini adalah berkaitan tentang privasi data, risiko keselamatan penggunaan data, kekurangan penyeragaman format data dan simpanan, tiada perundangan berhubung perkongsian data yang menyokong dasar semasa berkaitan perkongsian data, kekurangan kepercayaan terhadap ekosistem perkongsian data antara pihak berkepentingan, serta kualiti dan ketepatan data tidak jelas.
Penggubalan RUU Perkongsian Data 2024 merupakan penyelesaian bagi menangani kekangan perundangan dalam perkongsian data yang membolehkan perkongsian data sektor awam dilaksanakan dengan lancar. RUU Perkongsian Data 2024 ini turut memberi pertimbangan yang seimbang kepada keperluan untuk melindungi data-data tertentu atas sebab-sebab keselamatan negara, kepentingan awam atau sebab-sebab lain yang tidak mewajarkan data itu dikongsi.
Melihatkan kepada kepentingan perkongsian data ini maka JDN telah melaksana kajian perundangan dalam tempoh setahun bermula 2 Oktober 2023 sehingga 1 Oktober 2024. Kajian perundangan telah dilaksanakan ke atas 852 Akta yang sedang berkuat kuasa; 713 enakmen dan ordinan negeri yang sedang berkuatkuasa di 13 negeri di Malaysia berdasarkan pangkalan data LawNet; dan kajian penandaarasan melibatkan Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia, Republik Singapura, Republik Ireland dan Republik Estonia.Â
Rajah 4: Penandaarasan Dengan Negara Luar
Sesi libat urus melibatkan semua kementerian dan setiausaha kerajaan negeri telah diadakan bagi mendapatkan maklum balas, pandangan dan cadangan dari agensi pemilik perundangan yang berkuatkuasa bagi penggubalan RUU Perkongsian Data 2024. Sehingga akhir Oktober 2024 sebanyak 18 sesi libat urus melibatkan 228 kementerian, agensi Persekutuan dan agensi negeri serta 23 wakil syarikat telah diadakan.
Sesi libat urus ini telah membincang dan mencadangkan beberapa perkara dasar dan prinsip-prinsip utama yang perlu diambil kira dalam penggubalan RUU Perkongsian Data 2024.
Rajah 5: Pencapaian Sesi Libat Urus
Dalam konteks ini, penggubalan RUU Perkongsian Data 2024 adalah perundangan pertama yang memberikan penekanan kepada kepentingan data, mekanisme tadbir urus bagi memudah cara proses perkongsian data dan menitikberatkan keselamatan data yang dikongsi serta tindakan yang boleh diambil kepada pihak-pihak tertentu yang melanggar peruntukan di bawah Rang Undang-Undang ini.
Â
Â
Â
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 35
Jumlah Pelawat : 32613
Jumlah Capaian :Â 911010
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768