Search
Close this search box.

Ekosistem Perkongsian Data

Punca Kuasa Penggubalan Bagi Skop Pemakaian RUU

Pemakaian RUU Perkongsian Data 2024 akan melibatkan perkongsian data antara Agensi Sektor Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan apabila menerima permintaan daripada mana-mana agensi sektor awam.

Rajah 7: Pemakaian RUU Perkongsian Data

Skop pemakaian ini adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan di mana Parlimen mempunyai punca kuasa penggubalan RUU Perkongsian Data 2024 di bawah butiran enam (6), Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan Jentera Kerajaan Persekutuan.

Skop pemakaian ini juga di atas faktor keperluan Kerajaan yang mendesak untuk menyokong inisiatif semasa Kerajaan dan memudahkan pelaksanaan tanpa halangan di bawah punca kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan punca kuasa yang dinyatakan ini, skop perkongsian data menurut RUU Perkongsian Data 2024 hanya meliputi perkongsian data dalam kawalan agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun yang ditubuhkan menurut undang-undang Persekutuan.

 

Skip to content