Search
Close this search box.

Ekosistem Perkongsian Data

Way Forward

Menyedari hakikat ini, pihak Kerajaan berpandangan telah tiba masanya, agar Malaysia mempelajari dan mempraktikkan amalan dan tadbir urus terbaik, dengan izin, best practices and good governance sepertimana yang dipraktikkan di seluruh dunia dalam memastikan perkongsian data antara sektor awam mempunyai  struktur tadbir urus perkongsian data yang lebih sistematik setara dengan perundangan lain di peringkat global.

JDN  akan mengeluarkan Garis Panduan bagi menerangkan peranan setiap agensi dalam melaksana RUU Perkongsian Data ini supaya agensi dapat merancang keperluan dan keupayaan yang diperlukan. Panduan akan  memperincikan mekanisme perkongsian data sebagai rujukan agensi pembekal dan penerima data. Selain itu adalah bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan juga sebagai  check and balance.

Skip to content