Penutup
Secara tuntasnya, RUU Perkongsian Data dapat memberi satu punca kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan perkongsian data serta menambah baik keberkesanan fungsi-fungsi agensi pelaksana. Ini bertujuan supaya perkongsian data dapat dilaksanakan dengan selamat dan berkesan agar mencapai hasrat negara untuk meningkatkan ekonomi digital.
RUU Perkongsian Data membolehkan aktiviti mengurus dan mengawal selia perkongsian data dengan lebih cekap dengan penglibatan semua pihak berkepentingan. Pewujudan agensi pengawal selia dan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara merupakan satu tindakan ke arah mewujudkan struktur tadbir urus perkongsian data yang lebih sistematik dan fokus di dalam ekosistem perkongsian data.
RUU Perkongsian Data 2024 ini adalah tepat pada masanya dalam mewujudkan ekosistem perkongsian data yang selamat bagi meningkatkan kepercayaan orang awam melalui komunikasi secara telus bagi meningkatkan perkongsian data dengan cara yang selamat dan berkesan serta dapat menjayakan hasrat untuk merancakkan agenda pendigitalan negara.Â
Secara keseluruhannya melalui RUU Perkongsian Data 2024 ini, perkongsian data akan dapat dipertingkatkan setara dengan perundangan lain di peringkat global, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Malaysia. Harapan besar agar pelaburan asing akan dapat dipertingkatkan serta meningkatkan daya saing dan menyokong pertumbuhan perniagaan dan ekonomi digital ke arah status negara berpendapatan tinggi.
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 35
Jumlah Pelawat : 32613
Jumlah Capaian :Â 910996
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768