Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara (JDN) telah menjemput Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak bagi pembentangan dan perkongsian ilmu Aplikasi iREKA yang dibangunkan oleh Tun Abang Haji Openg Digital Centre (THODC), UNIMAS.
Kehadiran ini juga merupakan kunjungan hormat pertama UNIMAS kepada KP JDN yang diketuai oleh Professor Dr. Wan Hashim bin Wan Ibrahim selaku Chief Digital Officer (CDO) serta Pengarah dan Timbalan Pengarah THODC iaitu Ts. Latifah Loh binti Abdullah@Loh Latipah dan Pn Flora Intai.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat yang lebih mendalam kepada pengurusan tertinggi JDN berkenaan Aplikasi iREKA. iREKA AppBuilder merupakan sebuah platform pembangunan aplikasi pantas yangmempunyai ciri-ciri pembangunan mudah dan tanpa kod. iREKA telah digunapakai secara meluas bagi membangunkan sistem automasi pejabat di Sarawak.
Dikongsikan bersama pautan tersebut di Media Sosial Jabatan Digital Negara.
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 153
Jumlah Pelawat : 42629
Jumlah Capaian : 1357007
Laman ini sesuai dipapar mengunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768