AMARAN PENYEBARAN E-MEL PHISHING

AMARAN KEMPEN PHISHING

Jabatan Digital Negara sebagai agensi pembangun kepada Portal MyGovernment menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kempen penyebaran e-mel phishing yang menggunakan logo MyGovernment. Kempen ini menghantar e-mel yang mengandungi pautan phishing kepada pengguna. Setelah membuka pautan tersebut, pengguna akan diperdaya untuk memasukkan maklumat sensitif seperti maklumat kad kredit berserta nombor TAC. Untuk makluman, Portal MyGovernment tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi berkaitan akaun bank daripada pengguna.

Portal MyGovernment sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, e-mel, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab secara berterusan bagi memastikan kepentingan awam sentiasa terpelihara. 

Portal MyGovernment menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dan prihatin dengan membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu daripada sumber rasmi Portal MyGovernment mengenai apa-apa maklumat yang diterima.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Panggilan di talian 603 8000 8000 atau di alamat e-mel mygovernment@malaysia.gov.my

Skip to content