Transformasi Digital: Malaysia di Persada Ekonomi Digital Dunia
Evolusi Pendigitalan Sektor Awam
Pendigitalan sektor awam di Malaysia telah melalui perjalanan transformasi yang panjang dan berterusan, menjadikan negara sebagai peneraju dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan secara digital bermula lebih daripada tiga dekad yang lalu. Usaha ini berasaskan kepada inovasi teknologi dan pendekatan yang berpaksikan rakyat untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan aksesibiliti perkhidmatan awam.
Bermula pada tahun 1995 dengan inisiatif MSC Computerization, kerajaan memulakan langkah pertama ke arah pendigitalan melalui transformasi proses pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan menggunakan ICT dan multimedia. Pada tahun 2000, National IT Agenda (NITA) diperkenalkan untuk memanfaatkan teknologi ICT dalam memacu pembangunan negara sambil merapatkan jurang digital di kalangan rakyat. Seterusnya, pada tahun 2007, fasa eGov 1.0 – Connected Government menyaksikan kerajaan memberikan akses utama kepada perkhidmatan ICT, menggalakkan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan keterangkuman digital.
Pada tahun 2015, kerajaan memperkenalkan eGov 2.0 – Collaborative Government, sebuah pendekatan Whole of Government (WoG) yang bertujuan meningkatkan integrasi dan produktiviti antara agensi kerajaan secara lebih bersepadu. Kemudian, pada tahun 2020, fasa eGov 3.0 – Digital Government menandakan peralihan kepada perkhidmatan yang berpaksikan rakyat dan berpandukan dokumen strategi seperti Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (2021-2025). Menjelang tahun 2025, kerajaan memfokuskan kepada GovTech dengan Anjakan Strategi Digital First (2024-2025) sebagai pemacu utama, menggunakan teknologi untuk mendorong pertumbuhan ekonomi digital. Inisiatif ini juga memperkenalkan konsep Ekonomi MADANI sebagai asas kepada pembangunan ekonomi digital yang mampan.
Evolusi ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan kecekapan, keterangkuman, dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Evolusi ini bukan sahaja mengukuhkan peranan teknologi dalam pentadbiran awam tetapi juga memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju ekonomi digital serantau.
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 68
Jumlah Pelawat : 32075
Jumlah Capaian :Â 894736
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768