Search
Close this search box.

HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN DIGITAL NEGARA

Jabatan Digital Negara (JDN) menyambut ulang tahun pertamanya dengan acara gemilang, Hari Bertemu Pelanggan 2024 (HBP2024) hari ini 3 Disember 2024 di PICC, Putrajaya. Acara ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JDN, YBrs. Ts. Dr. Fazidah Abu Bakar. Ketua Setiausaha Kementerian Digital, YBhg. Tuan Fabian Bigar, turut hadir memeriahkan majlis ini dan beliau sempat melawat 30 reruai industri, rakan strategik, dan bahagian JDN diiringi KP JDN dan pengurusan.

Lebih 1,000 pengunjung telah hadir menyaksikan dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik seperti cabaran interaktif, kuiz, explorace, hadiah cabutan bertuah, serta seminar DIGITALk dan PPrISA. Acara ini bukan sahaja meraikan pelanggan JDN tetapi juga memperkenalkan produk serta perkhidmatan baharu untuk sektor awam.

JDN terus komited sebagai peneraju transformasi digital negara!

Dikongsikan bersama pautan tersebut di Media Sosial Jabatan Digital Negara.

  1. Facebook: https://www.facebook.com/share/p/HDyhDgFc63NSesiy/
  2. Instagram: https://www.instagram.com/p/DDHow8HpyVH/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
  3. X: https://x.com/JDigitalNegara/status/1863954360042139867?t=hB0JE8LzZErRLFjTYvixsQ&s=08
  4. Linkedian: https://www.linkedin.com/posts/jabatandigitalnegara_jabatandigitalnegara-digitalfirst-transformasidigital-activity-7269723021660037120-Mq4j?utm_source=li_share&utm_content=feedcontent&utm_medium=g_dt_web&utm_campaign=copy
Skip to content