HEBAHAN: PELAWAAN PENAJAAN JICA LONG TERM TRAINING SDGS GLOBAL LEADER 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

   YBrs. Ts. Dr./ YBrs. Dr./ Ts./Tuan/ Puan, 

  Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Japan International Cooperation Agency (JICA) telah membuka permohonan penajaan di bawah JICA Long Term Training SDGs Global Leader 2025 kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk mengikuti pengajian Sarjana dan Ph.D di Jepun.

  2. Justeru itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuklah Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon penajaan tersebut melalui Ketua Jabatan dan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing. 

4.  Pegawai P&P di Jabatan Digital Negara yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JPA boleh melengkapkan borang permohonan
     secara dalam talian bermula pada 8 sehingga 29 Oktober 2024. Permohonan dan maklumat lanjut mengenai tatacara dan syarat-syarat pelawaan
     ini boleh didapati dengan melayari portal http://bmipenajaan.jpa.gov.my/.   

5.  Borang permohonan yang telah dilengkapkan secara dalam talian tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani dan dikemukakan melalui
       Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan
Sila rujuk Lampiran D bagi
       penyusuan dokumen dan disediakan dalam
 dua (2) set salinan. Sila pastikan bahawa setiap set dokumen tersebut TIDAK         
       DIKETIP
 /DIJILID tetapi hanya DIKLIP sahaja. 

  1. Untuk makluman, permohonan yang tidak lengkap, tidak mendapat kebenaran dan perakuan Ketua Jabatan masing-masing serta lewat dihantar dari tarikh tutupyang ditetapkan secara automatik tidak akan diproses untuk pertimbangan pencalonan.

  2. Permohonan pegawai skim Perkhidmatan Guna Sama di JDN dan Kader JDN di pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi yang telah diperakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah diserahkan sebelum atau selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2024(Jumaat jam 1.00 petang) kepada:

        Pengarah
        Bahagian Khidmat Pengurusan
        Aras 6, Bangunan MKN Embassy Techzone 
        Blok B, No. 3200 Jalan Teknokrat 2
        63000 Cyberjaya, Sepang
        Selangor Darul Ehsan
         (u.p.: Sub-Seksyen Latihan, Cawangan Sumber Manusia)  

  1. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, Urus Setia Latihan, Cawangan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Digital Negara yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Noor Addillah binti Shueef

03 – 8892 7516

addillah.shueef@jdn.gov.my

Murniyati binti Abdul Aziz

03 – 8892 7516

murniyati@jdn.gov.my

Sub-Seksyen Latihan, JDN

03 – 8892 7516

unitlatihan@jdn.gov.my

Perhatian dan kerjasama YBrs. Ts. Dr./ YBrs. Dr./ Ts./ tuan/ puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Sub-Seksyen Latihan 
Jabatan Digital Negara
Kementerian Digital
Aras 6, Bangunan MKN Embassy Techzone            
Blok B, No. 3200 Jalan Teknokrat 2
63000 CYBERJAYA
03-8892 7516
unitlatihan@jdn.gov.my 
www.jdn.gov.my
#digitalfirst 

Notis Iklan JICA SDGS Global Leader

Tatacara Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan_JDN

         

                                                                                                                                                                                                

Skip to content