HEBAHAN URUSAN PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME- BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT

IKLAN TBK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Digital Negara akan melaksanakan urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) dan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) bagi kumpulan perkhidmatan seperti berikut:

i) Juruteknik Komputer Gred FT19 ke Gred FT22;
ii) Juruteknik Komputer Gred FT22 ke Gred FT26;
iii) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 ke Gred FA32; dan
iv) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA32 ke Gred FA38.

3.  Sehubungan dengan itu, pihak urus setia memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan untuk mengemukakan permohonan pegawai-pegawai yang telah memenuhi syarat berikut:

i) Telah berkhidmat genap 13 tahun pada 30 September 2024 dan sebelum di gred lantikan atau di gred naik pangkat;
ii) Layak dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat di Lampiran 1; dan
iii) Merujuk keputusan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Kumpulan Pelaksana Jabatan Digital Negara Bilangan 1 Tahun 2024 bertarikh 12 Mac 2024 – Memastikan pegawai yang mempunyai isu tidak hadir bertugas tanpa kebenaran (THB) telah diambil tindakan sewajarnya.

4.  Bagi memastikan urusan ini dilaksanakan dengan teratur, Jabatan ini telah menyediakan template seperti di Lampiran E berserta contoh pengisian untuk dilengkapkan oleh semua urus setia di kementerian/agensi. Lampiran E ini hendaklah diemelkan ke alamat naikpangkatf@jdn.gov.my. Sila pastikan bahawa maklumat yang diisi telah disemak dan disahkan kerana sebarang kesilapan fakta boleh menyebabkan kesalahan ke atas pertimbangan serta perakuan oleh Lembaga.

5.  Dokumen permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2024 (Selasa) ke alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Digital Negara
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 6, Blok B
Bangunan MKN Embassy Techzone
No. 3200, Jalan Teknokrat 2
63000 CYBERJAYA
(u.p.: Urus Setia Naik Pangkat Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat)

6.  Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini boleh diajukan melalui email naikpangkatf@jdn.gov.my manakala hebahan dan borang-borang berkaitan boleh didapati melalui portal JDN di pautan https://www.jdn.gov.my.

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Senarai dokumen yang berkaitan :

1) Surat Rasmi

2) Lampiran A

3) Dokumen TBK 1

4) Dokumen TBK 2

Skip to content