INFO KERAJAAN DIGITAL : KEPERLUAN KESELAMATAN DATA DALAM PELAKSANAAN PERKONGSIAN DATA

Web Banner IKD 31

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

 

2. Untuk makluman Tuan/Puan, Jabatan Digital Negara (JDN) telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2021 – Dasar Perkongsian Data Sektor Awam (DPDSA) yang berkuatkuasa pada 27 Ogos 2021. Dasar ini bertujuan memberikan panduan kepada Agensi Sektor Awam bagi melaksanakan perkongsian data merentas agensi ke arah penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang bersepadu dan berpacukan data.

 

3. Agensi Sektor Awam hendaklah mengambil kira keperluan keselamatan data dalam pelaksanaan perkongsian data. Memandangkan ancaman keselamatan siber semakin meningkat, Agensi Sektor Awam perlu mengambil langkah proaktif untuk menangani dan mengurangkan implikasi ancaman keselamatan siber. Agensi Sektor Awam hendaklah melaksanakan penilaian risiko keselamatan ICT secara berkala bagi menyediakan perlindungan dan kawalan terhadap aset ICT dan data yang dikongsi. Seterusnya, berdasarkan penemuan penilaian risiko, agensi boleh mengambil tindakan susulan atau langkah bersesuaian untuk mengurangkan atau mengawal risiko keselamatan ICT yang dikenal pasti.

 

4. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Panggilan di talian 603 8000 8000 atau di alamat e-mel mygdx.support@jdn.gov.my

Skip to content