JEMPUTAN UNTUK MENYUMBANG ARTIKEL BAGI BULETIN KERAJAAN DIGITAL TAHUN 2025, JABATAN DIGITAL NEGARA

𝐀𝐑𝐓𝐈𝐊𝐄𝐋 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐄𝐓𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Buletin Kerajaan Digital merupakan penerbitan yang diterbitkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) secara tahunan yang mengandungi kompilasi penulisan artikel berkaitan inisiatif, projek, hasil kerja penyelidikan dan inovasi baharu dalam bidang pendigitalan sektor awam. Penerbitan ini merupakan salah satu usaha JDN bagi memacu pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam bentuk penulisan yang kreatif dan inovatif.

Sehubungan dengan itu, YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./Tuan/Puan adalah dijemput bagi menyumbangkan artikel untuk diterbitkan dalam Buletin Kerajaan Digital Tahun 2025.

Sumbangan artikel boleh dikemukakan ke alamat e-mel urus setia (rubaizah@jdn.gov.my atau farhadila@jdn.gov.my) sebelum tarikh akhir penyerahan artikel pada 30 Ogos 2024 (Jumaat).

Peraturan dan syarat-syarat serta panduan penulisan boleh diperolehi melalui kod QR dalam poster disertakan atau terus ke pautan https://bit.ly/BKDJDN.

Kerjasama dan perhatian YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

Skip to content