Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Â
2.             Sebagaimana YBrs. Ts. Dr./ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan sedia maklum, rombakan kabinet pada 12 Disember 2023 telah mengumumkan pembubaran
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan penubuhan Kementerian Digital (KD) serta Jabatan Digital Negara (JDN) salah
satu agensi di bawah KD.
Â
3.     Untuk makluman YBrs. Ts. Dr./ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan jua penggunaan domain mampu.gov.my akan tamat pada 28 Mei 2025 dan aplikasi-aplikasi JDN yang menggunakan domain mampu.gov.my perlu dimigrasi ke domain baharu sebelum tarikh tersebut. Aplikasi sedia ada yang tidak menggunakan domain mampu.gov.my tidak terlibat dalam aktiviti migrasi.
4.   Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Sektor Awam bertarikh 26 Mei 2015, aplikasi-aplikasi JDN hendaklah mematuhi format domain sebagaimana ketetapan di bawah:
Â
Bil | Klasifikasi Sistem | Format Domain Aplikasi JDN | Permohonan Kelulusan | Pendaftaran Subdomain |
1 | Aplikasi JDN | Tiada  Nota : Tidak memerlukan sebarang | Pentadbir Aplikasi perlu : 1.Menghantar Borang DNS 2.Mengisi maklumat di | |
2 | Aplikasi JDN berimpak besar | <aplikasi>.gov.my   | Ada Nota : Pemilik Aplikasi perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Induk | |
Ada  Nota : Pemilik Aplikasi perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah JDN dan memajukan | Pentadbir Aplikasi perlu : 1.Menghantar Borang DNS 2.Mengisi maklumat di |
Â
5.        Bagi permohonan laman web selain dari format di atas, pemilik aplikasi hendaklah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Induk Laman Web JDN/ JPICT terlebih dahulu dan permohonan hendaklah dihantar melalui borang Laman Web Dikecualikan menerusi e-mel kepada infrajdn@jdn.gov.my bagi tujuan penyelarasan. YBrs. Ts. Dr./ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan boleh merujuk kepada Carta Alir Permohonan Domain Aplikasi
JDN bagi keterangan selanjutnya (Lampiran 1).
6.  Bersama-sama ini dilampirkanborang-borang yang berkenaan (Borang Permohonan Kelulusan JPICT Bagi Domain Baharu, Borang Permohonan Domain Name Server (DNS) Internal Jabatan Digital Negara (JDN) versi 2.0, Borang Permohonan Domain Name Server (DNS) Internal Kementerian Digital (KD) dan contoh surat MYNIC) untuk rujukan. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, YBrs. Ts. Dr./ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan  boleh menghubungi pegawai seperti di bawah:
  i. En. Fadzillah @ Fadhil Bin Awang
    fadhila@digital.gov.my      03-88725114 Â
  ii. En. Mohamad Salleh bin Hanafi
    sallehhanafi@digital.gov.my 012-6524230
Kerjasama dan perhatian daripada YBrs. Ts. Dr./ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan berkaitan perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Â
Â
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 35
Jumlah Pelawat : 30230
Jumlah Capaian :Â 823048
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768