Skip to content

Program Pembangunan Dan Kecemerlangan Kumpulan Bakat Digital

BAKAT PEMBANGUNAN SISTEM

Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital, Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Program Pembangunan dan Kecemerlangan Kumpulan Bakat Digital yang berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2025 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengiktiraf seramai 23 orang. Kumpulan Bakat Digital Pembangunan Sistem dan 9 orang Kumpulan Bakat Digital Pengurusan Strategik ICT yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9 hingga F14 daripada pelbagai kementerian/agensi.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Fazidah binti Abu Bakar, Ketua Pengarah JDN dan turut dihadiri oleh Pengurusan JDN, Pengurus ICT/Penyelia Kumpulan Bakat dan Kumpulan Bakat Digital Sains Data.

Antara pengisian yang diadakan ialah Sesi Perkongsian Ilmu: Bual Bicara Bersama Penasihat Kumpulan Bakat Digital. Sesi ini merupakan slot khusus kepada Penasihat Kumpulan Bakat Digital untuk bersama-sama berkongsi ilmu, pengalaman, motivasi, cabaran, cetusan idea kepada Kumpulan Bakat Digital untuk keterlibatan dalam mana-mana program/projek ICT sektor awam dan lain-lain perkara yang boleh dikongsi bersama dengan Kumpulan Bakat Digital. 

Program ini turut diisi dengan Slot Kecemerlangan Kumpulan Bakat Digital yang disampaikan oleh konsultan yang dilantik yang bertujuan untuk memberikan anjakan motivasi dan peluang jaringan hubungan kerjasama di kalangan sesama Kumpulan Bakat Digital Sains Data, Pembangunan Sistem dan Pengurusan Strategik ICT.

Dikongsikan bersama pautan tersebut di Media Sosial Jabatan Digital Negara.

    1. Facebook: https://www.facebook.com/share/p/18tjvJmGXN/
    2. Instagram: https://www.instagram.com/p/DHH44Wmp1F3/?img_index=1
    3. X: https://x.com/JDigitalNegara/status/1900017667370868899/photo/1