SURAT PEKELILING AM BILANGAN 7 TAHUN 2024 - GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL DAN PEMANTAUAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEKTOR AWAM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

YBrs. Ts./Dr./Tuan,

Sukacita saya menarik perhatian YBrs. Ts./Dr./Tuan kepada perkara di atas.

2.    Sebagaimana YBrs. Ts./Dr./Tuan sedia maklum, Kementerian/agensi hendaklah memastikan pelaksanaan projek ICT adalah ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampan dan berdaya cipta dalam membina semula ekonomi melalui digitalisasi penyampaian perkhidmatan.

3.    Dalam usaha memastikan pengurusan projek ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, kelulusan teknikal projek ICT sektor awam merupakan prasyarat kepada permohonan kelulusan Peruntukan Pembangunan dan Peruntukan Mengurus.

4.   Selaras dengan keperluan menjadikan kelulusan teknikal projek ICT sebagai prasyarat kepada permohonan kelulusan Peruntukan Pembangunan dan Peruntukan Mengurus untuk projek ICT, Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam perlu ditambah baik. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Am Bilangan 7 Tahun 2024 ini akan menggantikan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015.

5.   Kerjasama pihak YBrs. Ts./Dr./Tuan adalah dimohon untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara ini.

6.   Perhatian pihak  YBrs. Ts./Dr./Tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Surat Pekeliling Am Bilangan 7 Tahun 2024 – Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam

Skip to content