Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris


Bahagian Kerajaan Digital

Bahagian Kerajaan Digital

Fungsi Bahagian Kerajaan Digital (BKD)

  1. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, mengoperasi dan menyenggara Platform Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLaSK).
  2. Merancang, membangun, melaksana pengoperasian dan perluasan Platform Perkongsian Data Sektor Awam iaitu MyGDX untuk kegunaan agensi sektor awam dan swasta.
  3. Merancang, mengurus, membangun, melaksana dan mengoperasi Platform Data Terbuka untuk kegunaan agensi sektor awam, swasta dan rakyat.
  4. Merancang, membangun, melaksana dan mengoperasi Platform Data Raya untuk kegunaan agensi sektor awam.
  5. Merancang, mengurus, membangunkan dan melaksanakan mekanisme tadbir urus perkongsian data sektor awam secara bersepadu dan berkesan Merancang, mengurus, memantau dan menyelaras program data terbuka sektor awam.

 

Seksyen Perkhidmatan Dalam Talian (SPDT)

  1. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, mengoperasi dan menyenggara Platform Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLaSK).
  2. Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan melapor pematuhan Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam- Pengurusan Portal/ Laman Web Agensi Sektor Awam.
  3. Mengkaji, merancang , membangun Kamus Data dan metadata serta Platform Data Dictionary Sektor Awam sebagai rujukan utama agensi sektor awam.
  4. Mengkaji dan membangun Polisi Pendigitalan Data Sektor Awam.

 

Seksyen Perkhidmatan Perkongsian Maklumat (SPPM)

  1. Merancang, membangun, melaksana pengoperasian dan perluasan Platform Perkongsian Data Sektor Awam iaitu MyGDX untuk kegunaan agensi sektor awam dan swasta.
  2. Mengurus dan menyelaras perkongsian data merentas agensi yang selamat dan efisien berdasarkan pematuhan kepada piawaian keselamatan.
  3. Mengintegrasi sistem dan pangkalan data yang berlainan dari pelbagai teknologi bagi memastikan inter-operability dan aliran data yang lancar dan memudahkan proses bisnes.

 

Seksyen Khidmat Data Terbuka (SKDT)

  1. Merancang, mengurus, membangun, melaksana dan mengoperasi Platform Data Terbuka untuk kegunaan agensi sektor awam, swasta dan rakyat.
  2. Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan program perkongsian data terbuka merentas agensi.
  3. Merancang, mengurus, menyelaras dan menggalakkan penggunaan dan inovasi data terbuka.

 

Seksyen Data Raya (SDR)

  1. Merancang, membangun, melaksana dan mengoperasi Platform Data Raya untuk kegunaan agensi sektor awam.
  2. Merancang, mengurus, dan memantau pelaksanaan program analitis dan kepintaran data merentas agensi.
  3. Membangun program analitis data dan sains data bagi membantu pembuat keputusan berasaskan data.

 

Seksyen Kawal Selia Perkongsian Data (SKSPD)

  1. Merancang, mengurus, membangunkan dan melaksanakan mekanisme tadbir urus perkongsian data sektor awam secara bersepadu dan berkesan.
  2. Menyediakan, mengeluarkan dan menguatkuasakan polisi, dasar, pekeliling, tatacara, garis panduan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan tadbir urus, kawal selia dan pematuhan perkongsian data sektor awam, selaras dengan akta di bawah kawal selia agensi.
  3. Merancang, mengurus, menyelaras, memantau serta melaporkan tahap pematuhan terhadap Akta Perkongsian Data dan Garis Panduan yang berkuat kuasa.
Skip to content