Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK)

Seksyen Perancangan, Penerbitan dan Multimedia

Unit Perancangan dan Multimedia

    1. Merancang dan menyelaras Perancangan Strategik (SKT dan KPI) JDN selari dengan Agenda Transformasi Negara;
    2. Merancang dan menyelaras penyediaan Pelan Strategik JDN;
    3. Menjalankan kajian semula strategi pelaksanaan Pelan Strategik JDN;
    4. Menyelaras penggunaan sistem pemantauan program/projek JDN dan BPKK (MyPrestasi);
    5. Menyelaras, memantau dan melaksanakan Pelan Risiko JDN;
    6. Mengurus dan mengemaskini kandungan Portal JDN;
    7. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kandungan Portal JDN;
    8. Memantau maklum balas/ pertanyaan/ aduan/ cadangan yang diterima melalui Portal dan Webmaster JDN;
    9. Mengurus, memantau, dan mengemaskini hebahan mengenai inisiatif, program dan aktiviti JDN;
    10. Menyelaras penyertaan hebahan dalam media sosial JDN;
    11. Memantau dan menyelaras maklum balas/pertanyaan/ aduan/ cadangan yang diterima melalui media sosial JDN;
    12. Menyelaras dan menyediakan rekaan grafik bagi promosi, korporat dan penerbitan; dan
    13. Menyelaras penugasan fotografi bagi program dan aktiviti JDN.

 Unit Penerbitan dan Perpustakaan

    1. Menyelaras dan menyediakan penerbitan buku, buletin, laporan tahunan dan penerbitan-penerbitan berkala JDN;
    2. Menyelaras dan mengedarkan penerbitan-penerbitan lain JDN;
    3. Menguruskan penerbitan pekeliling, surat arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh JDN;
    4. Mengurus koleksi, perolehan dan peminjaman buku di perpustakaan;
    5. Menyelaras program/aktiviti perpustakaan;
    6. Mengurus rekod harian laporan keratan akhbar utama tempatan kepada Pejabat Ketua Pengarah;
    7. Merancang keperluan bajet tahunan Perpustakaan; dan
    8. Mengurus pelaksanaan sistem berkomputer dan laman web perpustakaan.

  Seksyen Komunikasi Korporat, Promosi dan Perhubungan Awam 

   Unit Korporat dan Antarabangsa 

    1. Merancang dan menyelaras peningkatan imej korporat JDN;
    2. Menyelaras lawatan perkongsian pengalaman dan amalan-amalan terbaik berkaitan penyampaian perkhidmatan awam;
    3. Memantau dan memastikan pematuhan imej korporat JDN;
    4. Menyelaras program/aktiviti di bawah Jawatankuasa Imej dan Rebranding JDN;
    5. Menyampaikan taklimat mengenai JDN;
    6. Memantau dan menilai pematuhan Piagam Pelanggan JDN;
    7. Menyelaras dan memantau Pengurusan Aduan JDN;
    8. Memudahcara perhubungan pelanggan dan stakeholder JDN;
    9. Menyediakan dan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JDN;
    10. Memudahcara perhubungan bagi Crisis Communication Team (CCT);
    11. Menyelaras dan memantau Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) di kaunter Khidmat Pelanggan JDN Cyberjaya;
    12. Merancang dan menyelaras penyertaan JDN dalam program antarabangsa melalui forum/jawatankuasa teknikal/program anugerah dan kolaborasi strategik;
    13. Menyelaras lawatan peringkat antarabangsa untuk perkongsian pengalaman dan amalan-amalan terbaik berkaitan penyampaian perkhidmatan awam; dan
    14. Mengenalpasti peluang-peluang kerjasama baru dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Unit Perhubungan Awam

    1. Merangka dan melaksanakan strategi Program Promosi dan Perhubungan Awam JDN ke arah pembentukan imej positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan;
    2. Menyediakan bahan promosi inisiatif/produk dan pameran;
    3. Melaksanakan Kolaborasi Strategik Promosi Penyampaian Perkhidmatan Awam bersama Media dan Agensi Kerajaan;
    4. Mengenal pasti Inisiatif-inisiatif Kerajaan untuk dipromosikan;
    5. Menjalankan Kajian Keberkesanan Promosi Penyampaian Perkhidmatan Awam;
    6. Merancang dan melaksanakan promosi penyampaian perkhidmatan awam melalui penganjuran Majlis Utama JDN;
    7. Mengurus Pameran Promosi Penyampaian Perkhidmatan Awam bersama Agensi-agensi Sektor Awam;
    8. Memperkukuhkan Kolaborasi Perhubungan Awam di antara Agensi-agensi Sektor Awam; dan
    9. Mengendalikan aktiviti perhubungan awam seperti hebahan, berita dan informasi terkini
      kerajaan kepada warga JDN dan agensi sektor awam lain.


Unit Penyelarasan dan Keurusetiaan

    1. Menyelaras draf jawapan JDN kepada Menteri berhubung pertanyaan dari Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara;
    2. Mengurusetiakan Mesyuarat Pengurusan JDN;
    3. Mengurusetiakan Mesyuarat di Bahagian;
    4. Menguruskan hal ehwal kewangan, perkhidmatan serta pentadbiran bahagian;
    5. Menguruskan hal ehwal pegawai dan kakitangan bahagian;
    6. Memberi khidmat sokongan kepada aktiviti utama di semua seksyen; dan
    7. Menyelaras aktiviti bahagian untuk pengurusan kualiti seperti EKSA, ISO dan sebagainya.


 

  1.  


Skip to content