Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris


Kumpulan Bakat Digital

Pocket Book Kumpulan Bakat Digital Sains Data
Pocket Book Kumpulan Bakat Digital Pembangunan Sistem
Pocket Book Kumpulan Bakat Digital Pengurusan Strategik ICT Enterprise (Enterprise Architecture-EA)

Pengenalan

Kumpulan Bakat Digital merupakan kumpulan pegawai yang dibentuk di kalangan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F9 hingga F14 dari pelbagai kementerian dan agensi. Matlamat utama penubuhan Kumpulan Bakat Digital adalah untuk membangunkan kumpulan bakat profesional sebagai penyegaran dan pemerkasaan modal insan serta menyokong laluan kerjaya  Perkhidmatan Sistem Maklumat.

Program Kumpulan Bakat Digital yang dilaksanakan adalah untuk mewujudkan situasi menang-menang antara pihak Kerajaan dan pegawai terlibat di mana kementerian dan agensi akan memperolehi kepakaran/pengalaman/pengetahuan pegawai dalam pelaksanaan inisiatif/projek/program manakala pegawai dapat meningkatkan pengalaman dan kemahiran.

Penilaian untuk pengiktirafan Kumpulan Bakat Digital mengikut Bidang Pengkhususan ICT dilaksanakan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat yang melibatkan penilaian ke atas elemen-elemen dan kriteria penilaian yang telah ditetapkan mengikut bidang pengkhususan.

Kumpulan ini berupaya untuk memberi sumbangan pengalaman/kemahiran/pengetahuan kepada Sektor Awam melalui penglibatan dalam mana-mana inisiatif/projek/program merentasi agensi mengikut Bidang Pengkhususan ICT Kumpulan Bakat Digital.

Penglibatan Kumpulan Bakat Digital ini dalam mana-mana inisiatif/projek/program bertujuan untuk meningkatkan pengalaman, kemahiran dan pengetahuan bagi pembangunan kerjaya dan kompetensi pegawai.

Jabatan Digital Negara (JDN) berperanan sebagai penyelaras dan pemudah cara dalam pelaksanaan program serta aktiviti pembangunan kepakaran Kumpulan Bakat Digital seperti penawaran pensijilan profesional, penyertaan dalam kursus/latihan pembangunan kompetensi dan penglibatan dalam inisiatif/projek/program mengikut bidang pengkhususan merentasi agensi.

Objektif

  1. Melahirkan Kumpulan Bakat Digital
    Melahirkan bakat profesional yang kompeten mengikut Bidang Pengkhususan ICT.
  2. Membina Kepakaran Dalaman
    Membangunkan kemahiran digital yang tangkas dan kompeten untuk menyumbang kepada kelancaran penyampaian perkhidmatan kerajaan.
  3. Pengekalan Bakat Digital 
    Mengekalkan bakat profesional yang berdaya saing mengikut Bidang Pengkhususan ICT.
  4. Menyokong dan Memperkasa Kemajuan Kerjaya
    Memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik.
  5.  

Faedah dan Kebaikan

 1.  Bilangan bakat profesional yang kompeten mengikut Bidang Pengkhususan ICT dapat dipertingkatkan.
2. Projek ICT di kementerian/agensi dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama dengan Kumpulan Bakat Digital.
3. Pengurusan tenaga kerja dan kos projek ICT dapat dioptimumkan.
4. Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga luar.
5. Kumpulan bakat profesional dan mahir menjadi rujukan kepada kementerian/agensi mengikut Bidang Pengkhususan ICT.

Terma Rujukan

  1. Memberi khidmat nasihat berdasarkan tahap pengalaman dan kemahiran dalam inisiatif/projek/program ICT (mengikut Bidang Pengkhususan ICT Kumpulan Bakat Digital) yang merentasi agensi.
  2. Penglibatan dalam inisiatif/projek/program merentasi agensi mengikut skop tugas yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak yang terlibat iaitu kementerian/agensi (pemilik inisiatif/ projek/program), penyelia dan pegawai.   
  3. Penglibatan dalam mana-mana tadbir urus berkaitan inisiatif/projek/program pembangunan ICT di peringkat Sektor Awam atau Negara melalui persetujuan oleh pihak yang terlibat iaitu kementerian/agensi/akademia/pihak industri, penyelia dan pegawai.
  4. Sebagai panel atau pembentang dalam mana-mana seminar/forum/program yang berkaitan dengan bidang pengkhususan Kumpulan Bakat Digital mengikut tahap pengalaman dan kemahiran pegawai.
  5. Mengikuti kursus dan latihan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam bidang yang berkaitan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Kumpulan Bakat Digital boleh dikemukakan kepada:

Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA)
Blok B, Bangunan MKN Embassy Techzone,
N0. 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

No. Telefon : 03 – 8000 8000
E-mel : admin.bakatdigital@jdn.gov.my

capaian SISTEM PENGURUSAN KERJAYA

Skip to content